BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 23 March 2011

taaruf

assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk membuka blog baru..kerana blog lama www.wirdati.blogspot.com sudah tidak dapat dibuka.. nama wirdati sudah lupus sama ada di blog mahupun fb..wallahu a'lam..

blog ini dibuka khusus sebagai diari kepada empunya diri...sementelah masih dalam kembara membaiki diri maka..semuanya akan bermula daripada sifar..semoga Allah sentias memercikkan keinsafan atau panggilan iman kepada diri ini..Amiin..bukan mudah hendak menggapai syurga dek kerana keindahannya yang tiada nilaian,maka tiketnya sudah pasti sangat2 mahal yang bukan dapat dibeli dengan wang ringgit...

diri yang masih belajar erti kehidupan akan cuba melakarkan tinta perjalanan hidup yang belum tentu di mana garis penamatnya..supaya menjadi panduan dan pedoman dalam terus melayari kehidupan jua buat yang bakal mewarnai duniaku kelak..insyaAllah..
 
dalam proses menjadi hamba Allah yang sebenar..